Terus Kukuh, Emas Intai Peluang Untuk Naik Lagi

1,014

Emas berjaya mengakhiri dagangan Mei dengan lebih kukuh berikutan kenyataan berbaur dovish daripada beberapa pembuat dasar Federal Reserve (Fed).

Ketika sesi Asia, logam berharga itu diperdagangkan pada sekitar harga $1,965 per auns, susut sedikit dari paras $1,974 yang dicapainya pada sesi terdahulu.

Penyusutan dalam dagangan dolar greenback dan hasil perbendaharaan AS 10 tahun telah memberi sokongan buat pengukuhan logam kuning emas.

Ini susulan kenyataan daripada ahli lembaga gabenor Fed, Philip Jefferson bahawa menghentikan sementara kenaikan kadar akan membolehkan bank pusat untuk melihat lebih banyak data sebelum melanjutkan pengetatan.

Turut menawarkan kenyataan yang sama, Presiden Fed Philadelphia Patrick Harker beliau menyokong untuk menghentikan sementara kenaikan pada mesyuarat bulan Jun.

Jangkaan untuk kadar faedah dinaikkan turun kepada 30% peluang daripada 70% susulan kenyataan tersebut.

Bagaimanapun, pelabur akan memberi tumpuan kepada data yang akan diterbitkan untuk dijadikan petunjuk yang lebih jelas kepada penetapan dasar Fed akan datang.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat