Teruskan Corak Kenaikan, EUR/USD Melonjak Lagi 70 Pips!

442

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD menepati jangkaan untuk meneruskan kenaikan dalam trend bullish yang dipamerkan.

US dolar lebih ketara menyusut pada sesi New York semalam susulan pasaran memberi reaksi terhadap penurunan hasil bon 10-tahun AS sehingga ke paras 1.65%.

Pada sesi Eropah sebelumnya, US dolar dilihat sedikit kukuh namun tidak berjaya mengekalkan momentum tersebut sehingga ke sesi berikutnya.

Harga dilihat turun menguji zon RBS (resistance become support) 1.18000 sebelum melonjak 70 pips ke paras ketinggian sekitar 1.18700.

Pergerakan harga kembali perlahan pada sesi Asia pagi ini dan masih berlegar di paras ketinggian tersebut dengan jangkaan kenaikan harga berkemungkinan akan diteruskan.

Seterusnya, zon SBR 1.19000 akan diuji sebelum harga melepasinya akan meneruskan kenaikan lebih tinggi untuk menuju pula ke paras tumpuan 1.20000.

Sekiranya harga kembali menjunam berkemungkinan faktor pengukuhan semula US dolar atau risiko di Eropah, zon RBS 1.18000 akan kembali menjadi zon tumpuan harga semula.

Sama ada harga akan membuat kenaikan semula dari zon tersebut, ataupun harga jatuh lebih rendah untuk isyarat trend bearish.

Penurunan lebih rendah akan kembali menuju zon support pada 1.17200-1.17000 yang diuji pada minggu lalu.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat