Teruskan Kenaikan, AUD/USD Capai Paras Tertinggi 5 Minggu

394

Matawang dolar Australia masih lagi berjaya mengekalkan pengukuhan berbanding US dolar pada minggu ini dengan kenaikan yang dipamerkan pada carta harga AUD/USD.

Mengambil kesempatan terhadap US dolar yang bergerak lemah dalam pasaran, Aussie turut disokong oleh data imbangan dagangan China yang diterbitkan semalam dengan bacaan data yang agak baik.

Namun pelabur turut berhati-hati menjelang laporan data pekerjaan Australia pada Khamis dengan jangkaan bacaan data yang merosot.

US dolar kekal pamerkan prestasi dagangan yang terburuk berbanding matawang utama yang lain dengan data tuntutan pengangguran Amerika Syarikat dijangka masih meningkat tinggi pada minggu ini.

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang AUD/USD telah membuat kenaikan 100 pips sejak awal minggu dengan paras ketinggian dicapai semalam pada 0.64400.

Harga masih lagi bergerak di atas paras sokongan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam pergerakan harga menunjukkan trend masih bullish.

Sesi pasaran Asia pagi ini melihatkan harga membuat penurunan yang lemah dari paras ketinggian yang dicapai semalam berikutan data sentimen pengguna di Australia tinjauan Westpac mencatatkan bacaan yang lemah.

Harga dijangka akan meneruskan kenaikan pada dagangan hari ini melepasi paras resistance 0.64400 sebelum mencatatkan paras ketinggian mingguan yang terbaru.

Kenaikan lebih tinggi dijangka akan menuju zon resistance pada ketinggian sehingga 0.65800 jika sentimen pasaran kekal tidak berubah.

Namun jika harga gagal meneruskan kenaikan sebaliknya membuat penurunan lebih rendah di bawah paras MA50, penurunan harga dijangka akan menuju paras 0.6300.

Trend yang bertukar bearish akan mendorong penurunan selanjutnya ke zon RBS (resistance become support) pada 0.6200.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat