Tesla Bagi Diskaun Patut Gembira, Tapi Pelabur Pula Berduka

211

‘Betul jugak tu kalau dah bagi diskaun maksudnya tak laku lah tu.’

Ini mungkin masa terbaik membeli kereta elektrik (EV) Tesla Inc Model 3 dan Model Y yang diberikan diskaun sebanyak $7,500 di Amerika Syarikat (AS).

Namun, berita itu bagai ‘bisa’ untuk telinga pelabur dengan ia menggambarkan Tesla berdepan masalah kelemahan permintaan disebabkan pertumbuhan yang lemah.

Ia secara tidak langsung turut mencetus penjualan saham Tesla untuk susut 11% di Wall Street, menghampiri paras terendah sejak pembelian Twitter oleh Elon Musk.

Ternyata keputusan pemberian diskaun, yang jarang berlaku tidak disambut baik pelabur tatkala syarikat bergelut dengan isu gangguan rantaian bekalan dan inflasi.

Ulas penganalisis kanan ROTH Capital Partners, Craig Irwin, pemotongan harga bagi meningkatkan jumlah penghantaran dilihat tidak meyakinkan lebih-lebih lagi dengan muncul peningkatan persaingan.

Ekoran itu juga beberapa penganalisis dilihat menurunkan penarafan terhadap Tesla bagi suku ini dengan pertumbuhan dilihat memperlahan di AS dan China.

Dalam pada itu, diskaun yang diberikan turut boleh dirasai warga Kanada dengan kedua-dua model menerima diskaun sebanyak $5,000 dan China sebanyak $860.

Sebelum ini Tesla pada Oktober mengumumkan terdapat kemungkinan syarikat gagal menetapi sasaran penghantaran tahun ini tetapi menafikan masalah permintaan selepas pendapatannya terjejas.

Akan tetapi, berita baru-baru ini mengukuhkan lagi kebimbangan tersebut dengan pelabur sememangnya ‘panas hati’ atas tumpuan berlebihan Musk kepada Twitter.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat