Tesla Berdepan Kerugian $440 Juta Dalam Pegangan Bitcoin (BTC)

1,639

Syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla berdepan dengan kerugian $440 juta (RM1.9 bilion) pada pegangan Bitcoin (BTC) susulan kejatuhan parah dalam pasaran kripto.

Pada awal tahun lalu, Tesla telah membeli sejumlah besar Bitcoin bernilai $1.5 bilion.

Bagaimanapun, kejatuhan harga BTC sehingga bawah $20,000 pada tahun ini telah membawa kerugian besar buat syarikat itu.

Pada Khamis lalu (hari terakhir suku kewangan kedua Tesla), Bitcoin didagangkan pada sekitar harga $19,000 menjadikan pelaburan syarikat dianggarkan bernilai $820.8 juta.

Tiga bulan lalu, syarikat itu merekodkan nilai Bitcoinnya pada $1.26 bilion. Walaupun nilai pasaran bagi pegangan tersebut hampir mencecah $2 bilion, tetapi amalan perakaunan bermaksud syarikat itu tidak mencatatkan keuntungan atas pelaburannya sehingga ia dijual.

Ini bermakna Tesla berkemungkinan mencatatkan kemerosotan pada pegangan Bitcoinnya sekitar $440 juta atau 9% daripada keuntungan tahunannya pada 2021.

Selain daripada pelaburannya, syarikat milik Elon Musk itu juga telah mula menerima Bitcoin sebagai kaedah pembayaran tetapi menggantung penggunaannya berikutan kebimbangan terhadap alam sekitar daripada perlombongan Bitcoin.

Syarikat lain yang turut menukar sebahagian daripada rizab tunai mereka ke dalam Bitcoin seperti MicroStrategy, Coinbase dan Block Inc. juga mengalami kemerosotan nilai pegangan ekoran ketidaktentuan ini.

Secara keseluruhannya, kira-kira $1.3 trilion telah terhapus daripada pasaran mata wang kripto pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat