Tesla Dijangka Terus Terajui Dunia EV

321

Tesla nampaknya terus kekalkan kedudukan di atas.

Agensi penarafan Moody menaik taraf penarafan Tesla Inc dari ‘Ba3’ Kepada ‘Ba1’.

Ini secara tidak langsung mencerminkan jangkaan agensi penarafan tersebut terhadap syarikat Elon Musk dalam mengekalkan kedudukannya sebagai peneraju pengeluaran kereta eletrik (EV).

Nota yang dikeluarkan oleh agensi tersebut mengukuhkan prospek positif Tesla dan syarikat itu akan terus meningkatkan skala operasi serta meningkatkan keuntungan.

Tambahnya lagi, polisi kewangan Tesla akan kekal baik dan tahap kecairannya terus lancar, selain turut menambah bahawa tawaran kenderaan elektrik bateri EV yang lebih kompetitif akan beri tekanan kepada margin syarikat menjelang 2023.

Pada Januari lalu, Tesla telah melaporkan rekod suku tahunannya melebihi jangkaan Wall Street dan mengatasi kekurangan cip global kerana ia meningkatkan pengeluaran China.

Selain itu, agensi penarafan tersebut turut menjangkakan Tesla akan mengeluarkan hampir 1.4 juta kereta pada 2022 yang menyaksikan peningkatan sebanyak 936,000 pada 2021.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat