Tesla Jadi Pencetus! Adakah Pemain Industri Akan Mula Terjun Dalam Pasaran Kripto?

1,225

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Galaxy Digital, Mike Novogratz telah mengeluarkan analisis beliau susulan tindakan syarikat terkemuka kereta elekctrik, Tesla Inc membuat keputusan untuk melabur ke dalam Bitcoin. Beliau secara peribadi berpendapat bahawa tindakan itu telah membuka mata pemain-pemain industri dan akan mendorong untuk terjun ke dalam pasaran kritpo.

Semalam Tesla Inc, telah memperuntukkan $ 1.5 bilion untuk membeli Bitcoin. Novogratz optimis bahawa banyak syarikat lain di Amerika Syarikat akan mengikuti tindakan tersebut dalam masa terdekat. Jika hal ini berlaku, beliau menjangkakan harga Bitcoin akan naik berlipat ganda.

Pelaburan Tesla juga merupakan satu petunjuk bahawa syarikat pengeluar kereta elektrik itu mungkin akan menerima matawang kripto sebagai medium pembayaran.

Ketika penulisan ini, harga Bitcoin adalah pada $45,456.97 seunit setakat jam 9.15 p.m di coinmarketcap dengan jumlah pasaran lebih dari $ 865 bilion. Kata Mike, pemain pasaran kripto akan menyaksikan “segerombolan” pemain industri dan setiap syarikat di Amerika Syarikat akan memegang Bitcoin.

Pada hari ini juga terdapat laporan bahawa RBC Capital Markets menyatakan, Apple berpotensi untuk menawarkan perdagangan matawang kripto. Malah tidak keterlaluan untuk mengatakan, syarikat bertaraf dunia ini mampu meraih keuntungan dalam pasaran saham.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat