Tesla Kena Hack?

839

Seorang rakyat Rusia mengaku bersalah terbabit dalam rancangan untuk melakukan jenayah memeras ugut daripada syarikat pengeluar kereta elektrik terkemuka, Tesla.

Lapor BBC, tertuduh iaitu Egor Igorevich Kriuchkov didakwa menawarkan wang berjumlah AS$1 juta kepada seorang pekerja Tesla untuk memasang perisian ‘ransomware’ dalam rangkaian komputer syarikat berkenaan di Nevada.

Menurut pendakwa raya, lelaki tersebut merancang untuk menggunakan ‘ransomware’ untuk mencuri maklumat rahsia Tesla.

Lelaki berusia 27 tahun mengaku bersalah pada Khamis lalu di Reno, Nevada.

Berdasarkan dokumen mahkamah yang dilaporkan oleh media, Kriuchkov berada di Amerika Syarikat (AS) selama lima minggu antara Julai dan Ogos tahun lalu dengan menggunakan visa pelancong, bertujuan untuk memberi rasuah kepada pekerja Tesla.

Ujar Biro Siasatan Persekutuan (FBI), serangan itu berjaya dihentikan sebelum benar-benar terjadi.

Jabatan Kehakiman AS memberitahu Kriuchkov membawa pekerja Tesla itu keluar minum beberapa kali dan memberikan telefon.

Selepas pekerja itu memaklumkan Tesla mengenai rancangan Kriuchkov, syarikat tersebut terus menghubungi FBI dan mengarahkan pekerja terbabit merekodkan perbualannya dengan lelaki berkenaan.

Kriuchkov memberitahu mahkamah pada September lalu bahawa kerajaan Rusia menyedari mengenai pelannya tetapi FBI dan peguam menafikan serangan itu mempunyai hubungan dengan Kremlin.

Menurut laman sesawang The Record, Kriuchkov berdepan hukuman 10 bulan penjara selepas menandatangani perjanjian dengan pendakwa raya untuk mengaku bersalah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat