Tesla Minta Pengesahan Mahkamah Untuk Kes Fitnah Juruteranya

269

Masalah makin panas ini.

Tesla Inc telah meminta mahkamah untuk mengesahkan keputusan penimbangtara yang baru-baru ini telah menolak dakwaan bekas juruteranya bahawa pembuat kereta itu memecat dan memfitnahnya kerana menimbulkan kebimbangan mengenai lantai yang rosak dan amalan kontrak.

Di dalam petisyen yang difailkan di mahkamah persekutuan San Francisco pada Khamis pihak Tesla menyatakan seorang penimbang tara dalam keputusan pada 3 November lalu mendapati dakwaan Cristina Balan bahawa syarikat itu secara palsu menuduhnya melakukan jenayah sebagai tindak balas kepada artikel Huffington Post 2017 mengenai pemecatannnya adalah tidak tepat pada masanya.

Pada Mac lalu, mahkamah rayuan di California memutuskan bahawa Balan dikehendaki menimbang tara tuntutan fitnah kerana ia berkaitan secara langsung dengan pekerjaannya dengan Tesla.

Syarikat itu pada Khamis meminta mahkamah mengesahkan keputusan penimbang tara tersebut yang telah membuka jalan bagi Balan untuk mencabarnya.

Balan berkata dalam e-mel pada hari Jumaat bahawa dia akan berusaha untuk mengosongkan anugerah timbang taranya ‘kerana penipuan, rasuah, berat sebelah dan nyata mengabaikan undang-undang’.

Dalam tuntutan mahkamah pada 2019, Balan berkata dia dipecat sejurus selepas menghantar e-mel kepada ketua eksekutif Tesla Elon Musk yang mendakwa kontrak diberikan berdasarkan persahabatan tanpa mengira harga atau kualiti.

Selain itu, Balan turut membangkitkan kebimbangan mengenai alas lantai dalam model S tesla yang melengkung di bawah pedal.

Dalam satu kenyataan yang diberikan kepada Huffington Post mengenai kes Balan tersebut Tesla mendakwa dia dipecat kenaran menggunakan masa syarikat untuk bekerja pada projeck peribadi dan secara haram merakam perbualan dengan rakan sekerja.

Menurut pemfailan mahkamah, Tesla memuji kerja Balan sebelum dia dipecat termasuk mengkreditkannya dengan menyempurnakan reka bentuk untuk pek bateri.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat