Tesla Mungkin Hilang Kuasa Didalam Pasaran Eropah

234

Jualan bagi kenderaan model S dan X daripada Tesla semakin merosot ekoran harganya yang lebih mahal berbanding kereta lain. Disebabkan itu, syarikat yang juga membangunkan teknologi kenderaan elektrik itu jauh ketinggalan dari pesaingnya sekaligus mengurangkan pengaruh didalam pasaran, terutama sekali di kawasan Eropah.

Model S dan model X masing-masing menunjukkan penurunan dari segi jualan dengan hanya mampu terjual sekitar 14 ribu unit berbanding 20 ribu hingga 25 ribu unit pada suku yang lalu. Begitu juga nilai bagi kenderaan itu yang jatuh 10% berbanding tahun lalu dan situasi ini jelas memberi impak negatif kepada syarikat.

Margin kasar turun kepada 18% berbanding 27% sebelum ini manakala harga saham Tesla jatuh $5.03 kepada $220.83. Kejatuhan sebanyak 2.23% itu juga didorong oleh isu saman yang difailkan oleh Walmart berkenaan bumbung panel solar yang dikatakan tidak mengikut piawaian industri sehingga menyebabkan terjadinya kebakaran di beberapa lokasi.

Persaingan selalunya akan menghasilkan sebuah pasaran yang lebih luas bagi industri kenderaan elektrik, dimana bakal memberi kelebihan buat Tesla. Namun begitu, situasi ini tidak seperti yang diharapkan jika dilihat dalam tempoh beberapa bulan ini.

Kenderaan mewah seperti Jaguar dan Audi masing-masing mempunyai kenderaan elektrik yang dikatakan antara punca mengapa jualan Tesla mengalami kemerosotan. Model iPace daripada Jaguar dan E-tron daripada Audi juga bakal mendapat pesaing baru apabila Mercedes dan Porsche dijangka akan mengumumkan kenderaan elektrik berkuasa tinggi mereka tidak lama lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat