Testimoni Hari Ke-2: Powell Beri Isyarat Bersedia Untuk ‘Cut Rates’!

468
  • Powell beri isyarat Fed bersedia potong kadar faedah
  • USD kembali bergerak lemah dalam pasaran
  • Data CPI AS jadi tumpuan di sesi New York

Menjelang petunjuk terbaru pasaran pada data inflasi Amerika Syarikat (AS) pada hari ini (Khamis), mata wang US dolar menyaksikan kejatuhan kembali selepas cubaan untuk memulih di awal minggu.

Situasi itu telah didorong oleh reaksi pasaran untuk hari kedua testimoni Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di hadapan Kongres semalam ketika pelabur masih menantikan petunjuk hala tuju dasar monetari bank pusat.

Pada hari pertama testimoni Selasa lalu, Powell tidak memberi petunjuk berkenaan tempoh masa untuk pelaksanaan langkah pemotongan kadar faedah selain memberi amaran tindakan tersebut perlu dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak memburukkan keadaan ekonomi.

Walaupun beliau sedar kadar faedah tinggi terlalu lama dikekalkan adalah berisiko, namun menurunkan kadar faedah terlalu awal dan banyak juga boleh mendatangkan kemudaratan.

Namun, nada tersebut dinilai bertukar dovish pada Rabu semalam apabila Powell mula memberi isyarat bahawa bank pusat semakin hampir untuk memotong kadar faedah, tetapi perlu melihat dahulu penurunan inflasi lebih mendalam.

Justeru, data indeks harga pengguna (CPI) yang akan diterbitkan di sesi New York malam nanti akan menjadi indikator kritikal kepada pasaran untuk mengukur kadar inflasi dan sebagai kompas untuk Fed.

Perubahan pada nada ucapan Powell itu menjadi pemacu pergerakan US dolar yang mula tertekan semula menuju ke dagangan penghujung minggu ini.

Meneliti angka ramalan, CPI tahunan AS untuk Jun dijangka catatkan penurunan ke paras 3.1% seperti catatan pada Februari lalu.

CPI pada Mei sebelum ini adalah 3.3%, menurun dari bulan sebelumnya 3.4%.

Walaupun masih jauh untuk mencapai sasaran 2% bank pusat, penurunan inflasi yang berterusan akan mendorong Fed bersedia untuk beralih kepada pelonggaran dasar dengan isyarat harga barangan serta perbelanjaan pengguna yang semakin menguncup.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat