Tether Bakal Mengalahkan Kedudukan Ethereum Pada 2021

329

Tiga mata wang kripto yang ‘hangat’ di pasaran tidak lain tidak bukan yang pertama, Bitcoin (BTC), diikuti Ethereum (ETH) dan akhir sekali, Tether (USDT).

Namun, laporan suku keempat 2020 Bloomberg’s Crypto Outlook mengandaikan Tether (USDT) akan merampas jumlah permodalan pasaran Ethereum (ETH) pada 2021, sekaligus menjadi matawang kripto kedua selepas BTC.

Fenomena ini membawa kepada permulaan penerapan stablecoin dan mata wang digital bank pusat (central bank digital currencies, CBDC).

Berdasarkan analisis kripto, permodalan pasaran ETH agak suram sejak kebelakangan ini dengan jumlah semasa ialah $43.2 bilion. Walau bagaimanapun, kebanyakkan hari pada 2019 dan 2020, jumlahnya lebih rendah iaitu di bawah $30 bilion sebelum mendapat rangsangan dari DeFi pada akhir Julai.

Berbeza pula USDT yang membuktikan pertumbuhan yang baik sejak 2017 walaupun sedikit susut pada Oktober 2018. Stablecoin ini membuka tirai 2020 dengan permodalan pasaran berjumlah $4.1 bilion, melonjak mendadak sehingga $15.7 bilion pada bulan ini.

Jika USDT dapat mengekalkan momentumnya untuk jangka masa yang panjang, tidak mustahil jika aset itu memiliki permodalan pasaran yang lebih tinggi berbanding ETH.

Mungkin lonjakan Tether menunjukkan pengenalan CBDC akan berlaku tidak lama lagi, namun aset itu juga sebenarnya membuka andaian lonjakan BTC pada masa akan datang.

Bloomberg memberitahu BTC akan melonjak dari nilai terkini, $11,448 kepada $100,000 pada 2025, berdasarkan bekalan syiling tetap berjumlah 21 juta dengan permintaan dan bekalan metrik harga kekal dilihat positif.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat