Tether (UDST) Kalah Dengan Populariti USDC!

626

Stablecoin berasaskan Ethereum, USDC mencatatkan potensi yang luar biasa berbanding Tether bagi rekod 2021 setakat ini.

Penganalisis dari Messari, Ryan Watkins meramalkan rekod Tether di Ethereum akan susut sehingga kurang dari 50%.

Figura itu turut mendedahkan lebih daripada separuh jumlah bekalan USDC kini berada di dalam kontrak pintar dengan anggaran sekitar $12.5 bilion.

Sejak awal 2021, berdasarkan jumlah kitaran bekalan USDC (1.3 bilion), stablecoin ini mencatatkan perkembangan lebih 1,820% dengan rekod kumulatif semasa, 25 bilion.

Berbeza USDT cuma mencatatkan 62.7 bilion bekalan kitaran dengan peningkatan sekitar 200% bagi tempoh masa yang sama.

Watkins percaya permintaan USDC yang meningkat mendadak didorong oleh populariti sektor DeFi sejak kebelakangan ini. Tidak mustahil selepas ini USDC bakal menjadi stablecoin paling dominan dan permintaan USDT akan terus menyusut seperti yang dijangka.

Pada masa yang sama protokol pinjaman seperti MakerDao, Aave dan Compound mencatatkan jumlah pengguna USDC paling tinggi. Kira-kira 23% bekalan USDC dimiliki mereka.

Ini menimbulkan ramalan oleh pihak media, stablecoin ini mungkin akan dipasarkan di Avalanche, Celo, Flow, Hedera, Kaca, Nervos, Polkadot, Stacks, Tezos, dan Tron tidak lama lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat