Tether (USDT), Bitfinex Terpalit Denda Lebih RM176 Juta!

542

Commodity Futures Trading Commission (CFTC) telah mengenakan denda bernilai lebih $42.5 juta (RM176.7 juta) terhadap Bitfinex dan Tether pada Jumaat waktu tempatan.

Berdasarkan laporan, masing-masing berhadapan dengan kesalahan:

  • Tether
    • Atas kesalahan membuat kenyataan yang mengelirukan dan tidak berkaitan stablecoin, USDT.
    • Tether telah mendakwa USDT sepenuhnya disokong oleh dolar AS sedangkan tiada entiti persendirian yang boleh mengesahkan rizab tersebut.
    • Denda: $41 juta (RM170.4 juta)
  • Bitfinex
    • Atas kesalahan melibatkan transaksi komoditi runcitan luar bursa secara tidak sah.
    • Beroperasi sebagai pedagang komisien niaga hadapan (futures commission merchant, FCM) tanpa berdaftar dengan penyelia undang-undang.
    • Denda: $1.5 juta (RM6.2 juta), serta dituntut untuk melaksanakan dan mengekalkan sistem tambahan bagi tujuan mengelakkan daripada transaksi komoditi runcit yang tidak sah.

Sebagai rekod, USDT benar-benar disokong rizab hanya pada satu perempat bagi tempoh 26 bulan antara 2016 sehingga 2018.

Selebihnya daripada itu, Tether didapati mengumpul dana rizab dengan dana korporat, dan menyimpan simpanan tersebut dalam bentuk ‘produk bukan tunai’.

Ketika penulisan, rekod dagangan USDT dalam 24 jam telah susut hampir 11%.

Manakala perintah terhadap Bitfinex pula ada kaitan dengan perlaksanaan sekatan pengaksesan bursa tersebut terhadap pengguna Amerika Syarikat (AS), termasuk kesalahan melangkaui undang-undang yang dilancarkan pada Disember 2018.

Sebagai rekod, Bitfinex dan Tether penah dikenakan denda $18.5 juta pada awal 2021 ekoran daripada kes yang berlanjutan sejak 2019.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat