Thailand: Bursa Saham Baru Untuk Start-up dan Syarikat Bermodal Kecil

74

Bursa saham Thailand merancang untuk menubuhkan satu bursa saham untuk start-up dan perniagaan bermodal kecil tahun hadapan untuk memenuhi permintaan dana dalam syarikat-syarikat kecil ini.

Thailand mempunya dua bursa utama iaitu Stock Exchange Thailand (SET) dan Market Alternative Investment (MAI). Bursa terbaru ini akan beroperasi dalam regulasi yang berlainan daripada kedua-dua bursa utama ini. Kata Presiden SET Kesara Manchusree, “kami mahu menubuhkan bursa yang baru, bukannya bursa yang ketiga, ia akan menjadi lain dari yang lain”.

Inisiatif Thailand ini sudah tentu merancakkan lagi aktiviti perniagaan di negara gajah putih ini, disamping juga melonjakkan aktiviti pelaburan. Bagi syarikat kecil inisiatif ini akan memberikan peluang kepada mereka untuk berkembang dengan lebih cepat dengan adanya dana yang cukup dan kukuh.

SET pada masa ini sedang menyediakan kertas kerja untuk untuk dihantar kepada Suruhanjaya Sekuriti. Walaupun kriteria atau ciri-ciri belum lagi dimuktamadkan, platform baru ini akan bermula pada suku ketiga 2017 yang akan menawarkan akses lebih mudah kepada usahawan-usahawan berbanding dua bursa utama yang sedang mengetatkan kriteria penyenaraian mereka.

Kesara mengatakan syarikat boleh disenaraikan pada hari ia ditubuhkan yang berbeza dengan dua bursa utama yang memerlukan rekod pendapatan kewangan. Instrumen ekuiti dan bukan-ekuiti seperti bon dan opsyen akan didagangkan, tetapi terhad kepada pelabur yang mempunyai akreditasi. Kesara berkata, “bursa ini tiada jaminan, bermaksud jika anda melabur, anda boleh rugi kesemuanya”.

Kenyataan Kesara ini menggambarkan pelaburan dalam bursa ini sudah tentu mempunyai risiko yang lebih tinggi berbanding bursa utama yang ada sekarang. Hal ini sememangnya diketahui umum kerana, syarikat-syarikat sudah tentu tidak mempunyai pengalaman dalam urus tadbir syarikat yang memberikan risiko yang lebih tinggi kepada pelabur-pelabur.

Bagi setiap syarikat kecil ini, mungkin akan ada pelabur yang akhirnya menjadi ahli lembaga pengarah. Dividen kata Kesara adalah fleksibel dan tak semestinya dalam bentuk tunai, tetapi boleh jadi produk syarikat itu atau yang lain.

Penubuhan bursa baru ini akan meningkatkan kecairan di bursa yang mempunyai kecairan tertinggi di Asia Tenggara ini. SET dilihat masih menjalankan aktiviti untuk menarik lebih ramai pelabur bagi melonjakkan lagi transaksi harian dalam pasaran ekuiti Thailand.

Pelabur asing pada masa ini mempunyai modal pelaburan sehingga 25% dari kesemua dagangan di bawah SET. Nisbah pemilikan saham ini susut mendadak selepas pengambilalihan oleh pihak tentera pada Mei 2014 dan melonjak semula pada tahun ini khususnya selepas UK memilih untuk keluar dari EU. Sehingga ketika ini, pelabur asing sudah mempunyai pemilikan saham di paras 84.4 billion baht (USD 2.4 billion).

 

Kejatuhan Pasaran Pertama Adalah Dalam Dagangan Bunga Tulip Pada Tahun 1637

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat