Thailand Gesa Para Jutawan Negara Itu Sumbang Dana Berdepan Krisis Ekonomi

442

Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-Ocha menyeru kepada para jutawan di negara itu untuk melunaskan tanggungjawab sivik terhadap negara dengan menyumbang dana bagi beberapa projek baru yang akan dijalankan dalam usaha menghalang negara berdepan situasi kemelesetan ekoran Covid-19.

20 jutawan Thailand yang diminta untuk tampil sebagai sebuah organisasi dan memberi sumbangan, dengan sebahagiannya dirahsiakn identiti. Namun, reaksi yang diterima terhadap seruan tersebut merupakan satu tanda positif jika dibandingkan dengan skala kemusnahan ekonomi yang dialami oleh negara itu.

Idea tersebut merupakan penyelesaian kepada masyarakat untuk tidak berhutang secara haram. Malah, syarikat besar berpeluang untuk membelanjakan lebih daripada $110 juta secara bantuan makanan dan pelitup muka.

Rangkaian Central Group yang meliputi runcitan dan perhotelan di Thailand, Vietnam, Jepun dan Itali, turut bercadang untuk menfokuskan kepada beberapa syarikat pembekal yang baru serta menderma ruang perniagaan runcit bagi mereka yang memerlukandan membantu 74,000 pekerja untuk kekal dengan status kerjaya mereka.

Kekayaan dari tiga keluarga terkaya Thailand bagi siri Ogos lalu berdasarkan laporan Bloomberg, mengatasi kekayaan 10 jutawan dari Amerika Syarikat (A.S) yang hanya mampu menghasilkan 3% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP) A.S.

Jumlah kekayaan keluarga tersebut yang terdiri daripada keluarga Chearavanont dari Charoen Pokhand Group, keluarga Chirathivat dari Central Group dan keluarga mendiang Yoovidhya, pengerusi syarikat minuman bertenaga Red Bull yang meliputi 16% daripada GDP Thailand.

Menerusi rekod, Thailand yang mempunyai 69 juta penduduk kini tergolong dalam negara yang mengalami kemiskinan kronik dengan kejatuhan kemiskinan yang berterusan sejak tahun 2000. Tempoh sepanjang 2015-2018 menunjukkan kemuncak kadar kemiskinan sebanyak 38% iaitu melebihi daripada 6.7 juta.

Ramalan daripada bank negara terhadap ekonomi Thailand pada 2020 menunjukkan penurunan paling kritikal sejak 1990-an walaupun pelbagai inisiatif diambil termasuklah pakej dana yang bernilai 15% GDP, nilai tertinggi di Asia Tenggara dan Pasifik.

Nilai tersebut turut merangkumi pemberian wang sebanyak $12 bilion untuk menggalakkan pembelian dari pengguna yang mana 30 juta rakyat memohon bantuan tersebut dengan $155 sebulan namun tidak semua daripada mereka layak.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat