The Fed Ingin Ikut Campur Tangan Dalam Pasaran Matawang Crypto?

928

Perkembangan matawang crypto Bitcoin telah menarik perhatian bermula dari kalangan rakyat sehingga kepada institusi kerajaan. Sebelum ini, Amerika Syarikat antara negara yang lantang memberi kritikan dan komen terhadap matawang crypto.

Walaubagaimanapun, menjelang pertabalan Joe Biden sebagai Presiden Baru, nada pemerintah terhadap matawang crypto sedikit sebanyak telah berubah. Jerome Powell, ketua Rizab Persekutuan AS (Fed) semalam telah mencadangkan agar pentadbiran A.S tidak terburu-buru dalam mengeluarkan matawang cyrpto bank pusat (CDBC).

Beliau berhujah bahawa, US dolar merupakan matawang rizab dunia dan hal ini memberikan negara A.S satu kelebihan. Tidak kira negara manakah yang tampil dahulu namun A.S tetap akan menjadi penggerak utama.

Selain itu, Powell mendakwa adanya manfaat dan kos lepas dalam penerbitan CBDC. Beliau menyatakan the Fed akan menerbitkan CDBC jika terdapatnya keperluan dari pihak berkepentingan dalam sektor kewangan terhadap matawang crypto. Selain itu, sejauh mana matawang CBDC bakal membantu industri akan menjadi pertimbangan.

Powell menekankan bahawa the Fed lebih cenderung untuk menerbitkan CDBC dengan teratur dan tepat berbanding tergesa-gesa namun banyak lompang.Penganalisis berpendapat bahawa, Fed kemungkinan besar akan menerbitkan CBDC dalam beberapa tahun akan datang selepas adanya contoh dari negara lain.

Tamsilnya, Powell seakan memberi insyarat bahawa populariti cypto yang semakin meningkat telah mendesak the Fed untuk campur tangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat