The Fed Semakin Tersepit, Tugas Menjinakkan Inflasi Jadi Tanda Tanya!

1,005

Rizab Persekutuan (the Fed) kini sedang berhadapan episod yang mencabar. Matlamat the Fed pada ketika ini adalah untuk menurunkan inflasi ke sasarannya tanpa menjejaskan ekonomi. Namun hal ini dilihat sangat sukar walaupun tidak mustahil untuk dicapai berikutan ketidaktentuan yang memuncak mengenai aliran tekanan harga yang disebabkan oleh perang di Ukraine dan pandemik Covid-19.

Presiden Fed New York John Williams pada hari Selasa menyatakan bahawa “pandemik dan peperangan yang berterusan di Ukraine membawa kerumitan dan ketidakpastian yang besar”. Atas dasar itu beliau memberi penegasan bahawa pihak the Fed akan bergantung kepada data dan akan menyesuaikan tindakan mengikut keadaan.

Williams menambah bahawa matlamat Fed adalah untuk menurunkan semula inflasi kepada 2% sambil mengekalkan ekonomi yang kukuh namun ia adalah sukar.

Bank Pusat pada minggu lepas telah menaikkan kadar faedah semalaman penanda arasnya sebanyak setengah mata peratusan kepada julat sasaran antara 0.75% dan 1%, dan sejak itu menandakan kenaikan mata asas yang sama berkemungkinan untuk berlaku pada dua mesyuarat dasar seterusnya pada bulan Jun dan Julai.

Inflasi A.S telah melonjak kepada paras tertinggi 40 tahun dan telah beralih kepada pendirian yang lebih agresif dalam beberapa bulan kebelakangan ini apabila tekanan inflasi, yang pernah dilihat sebagai sementara bertukar menjadi berterusan walaupun selepas pembukaan ekonomi.

Konflik peperangan antara Rusia dan Ukraine telah mendorong peningkatan harga makanan dan tenaga. Keadaan bertambah buruk apabila lebih banyak penutupan Industri di China telah menyebabkan rantaian bekalan barangan lain tersekat.

Akhir sekali Fed Williams menjangkakan bahawa ukuran inflasi utama Fed, indeks harga perbelanjaan penggunaan peribadi teras akan jatuh daripada 5.2% kepada 4% pada akhir tahun ini sebelum jatuh kepada sekitar 2.5% pada 2023. Laporan kerajaan A.S. pada hari Rabu dijangka menunjukkan inflasi harga pengguna perlahan sedikit pada bulan April, yang akan menjadi tanda bahawa inflasi telah capai paras puncak.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat