The Fed Umumkan Berita Baik! Sektor Ekonomi Mula Menarik Nafas Lega!

755

Federal Reserve (The Fed) baru sahaja mengumumkan bahawa The Fed akan memperpanjangkan program pinjaman kepada sektor perniagaan, kerajaan dan individu sehingga akhir tahun 2020.

Pada asalnya program pinjaman yang merangkumi pelbagai kemudahan bermula dari kemudahan kredit untuk perniagaan kecil sehinggan pembelian bon tidak berkualiti ini akan berakhir pada 30 September. Namun kini dengan pengumuman terbaru program pinjaman tersebut akan dilanjutkan sehingga 31 Disember.

Inisiatif ini diperkenalkan bagi mengatasi impak dari krisis Covid-19 yang telah mengekang pertumbuhan pasaran sehingga menyebabkan The Fed harus mempelbagaikan langkah pencegahan seperti kemudahan kredit.

Program tersebut merangkumi kemudahan untuk peniaga utama dan pasaran wang, pembelian bon korporat di kedua-dua pasaran utama. Selain itu turut diperkenalkan program perlindungan gaji dan inisiatif kongres yang bertujuan untuk memberi insentif kepada sektor perniagaan dan pekerja.

Setakat ini jumlah pinjaman adalah sekitar $110 bilion berdasarkan maklumat terbaru yang dikeluarkan oleh Fed.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat