The Fed: Yellen Terus Optimis dalam Ucapannya di Baltimore

29

Pengerusi Federal Reserve Janet Yellen berucap di Universiti Baltimore pada Selasa yang berfokus kepada pasaran buruh US.

Menurut Yellen, pasaran pekerjaan berada di tahap tertinggi sejak 10 tahun lepas. Pekerjaan baru terus meningkat, kadar pengangguran yang rendah yang merupakan satu lagi isyarat pasaran pekerjaan yang kekal sihat.

Yellen juga menyatakan terdapat petunjuk bahawa peningkatan kadar gaji dan gaji mingguan (sambilan) kepada pekerja muda yang tertinggi sejak beberapa tahun ini.

Menurut tinjauan yang dilakukan oleh The Federal Reserve (Rizab Persekutuan), pekerja muda lebih berkeyakinan kepada pasaran pekerjaan berbanding pada 2013.

Walaupun begitu, Yellen masih melihat terdapat cabaran dalam pertumbuhan ekonomi yang meningkat perlahan berbanding pemulihan ekonomi sebelum ini, pertumbuhan produktiviti yang merupakan perangsang kepada kadar gaji yang masih mengecewakan.

Secara keseluruhan dari segi nada ucapan Yellen masih dilihat menunjukkan keyakinan kepada ekonomi US dan tiada nada keraguan yang boleh melawan keyakinan dalam komennya minggu lalu.

Dalam ucapannya awal pagi tadi, Usd/Jpy menguat dan kembali berada di atas paras 117.00 walaupun kecairan pasaran begitu sedikit berikutan penetapan kadar bank pusat Jepun (BoJ).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat