The Rock Penyebab Kripto GALA Tembus Angkasa 70%!

179

“The Rock ni memang beri impak betul, patut la bayaran berlakon pun kena tinggi.”

Mata wang kripto GALA menggunung sebanyak 70% selepas pembangun Gala Games memeterai perjanjian bersama platform permainan blockchain dan pelakon popular Dwayne Johnson atau lebih dikenali sebagai The Rock dan Mark Wahlberg.

Mengikut rancangan Gala Games, pasukannya berhasrat menerbitkan dua filem yang menampilkan kedua-dua pelakon Hollywood tersebut.

Diperjelaskan lebih terperinci, Filem GALA akan menggunakan aset digital sendiri sebagai token gas sementara para penonton pula memenangi kripto sekiranya mereka mengimbas kod QR pada tiket wayang masing-masing.

Sudah sedia maklum bahawa pergerakan harga GALA sentiasa menaik jika ekosistemnya dikelilingi berita positif, di mana aset digital itu setakat ini lonjak melebihi 68% dalam tempoh 24 jam lalu pada paras $0.04.

Namun, The Rock yang berlakon dalam filem “Fast and Furious” dan “Jumanji” manakala Wahlberg membintangi filem blockbuster seperti “The Departed” serta “The Fighter” masih belum memberi sebarang kenyataan mengenai kerjasamanya dengan Gala Games.

Selain itu, Gala Games yang dilaporkan menjadi mangsa penggodaman pada bulan November telah menegaskan bahawa syarikanya berada dalam keadaan baik sahaja dan para pelabur tidak perlu bimbang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat