The Sandbox Bersatu Dengan Arab Saudi! Harga SAND Meroket Tinggi!

130

“Bersedia pelabur, sikit je lagi SAND nak naik sampai $1 dah.”

Selepas Emiriah Arab Bersatu termasuk negara lain bersaing antara satu sama lain, Arab Saudi turut enggan ketinggalan di belakang dalam membangunkan metaverse sendiri yang semakin berkembang pesat.

Sudah sedia maklum Emiriah Arab Bersatu dan Arab Saudi telah mendalami dunia mata wang kripto, Web3 termasuk metaverse sejak dahulu lagi.

Baru-baru ini, platform permainan metaverse berasaskan Ethereum (ETH), The Sandbox dan Pihak Berkuasa Kerajaan Digital Arab Saudi (DGA) menandatangani memorandum persefahaman (MOU) untuk bekerjasama membina projek metaverse.

Dilaporkan bahawa memorandum itu telah ditandatangani di ibu kota Riyadh semasa Persidangan Leap Tech dan co-founder The Sandbox bernama Sebastien Borget yang mewakili untuk memeterai perjanjian tersebut akan memberi butiran lanjut dalam tempoh terdekat ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) The Sandbox, Arthur Madrid sungguh yakin perjanjian tersebut dapat memberi pelbagai manfaat kepada kedua-dua pihak bagi mengembangkan metaverse secara global.

Impak daripada pengumuman berikut, harga aset digital SAND yang diasas oleh The Sandbox berjaya melonjak sebanyak 27.34% pada paras $0.9027 dalam tempoh 24 jam lalu.

Dalam pada itu, platform tersebut selepas melengkapkan pusingan pembiayaan Siri B* berjumlah $93 juta yang diterajui oleh Softbank Vision Fund telah meneruskan lagi langkah dengan tingkatkan nilai sebanyak $400 juta.

*Pusingan kedua pembiayaan untuk perniagaan melalui pelaburan, termasuk pelabur ekuiti swasta dan pemodal teroka

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat