The Sandbox (SAND) Kembali Menjadi Perhatian Dalam Pasaran, Ini Sebabnya!

479

Sandbox (SAND) yang merupakan token sering dikenali dengan token metaverse dilihat kembali bangkit daripada kejatuhan harga berikutan kekacauan dalam pasaran kripto bermula pada awal Mei. Harga SAND telah melonjak lebih 16% selepas Coinbase menyatakan hasrat untuk menyenaraikan token tersebut.

Langkah itu dijangka memberi manfaat kepada SAND, memandangkan Coinbase adalah bursa terbesar di Amerika Syarikat. Maklumat ini diperolehi menerusi pengumuman tweet oleh Coinbase di Twitter.

Token SAND telah mencatatkan lonjakan lebih 16% sejak pengumuman tersebut tersebar. Perkara ini telah membantu token Sandbox kembali menjadi perhatian token yang membuat lonjakan terbesar. The Sand didagangkan pada harga purata $1.36 pada masa penulisan. Dalam tempoh 24 jam jumlah dagangan untuk token SAND telah melonjak lebih 62% kepada $588 juta.

Sebelum ini, Coinbase mengisytiharkan bahawa ia akan menambah sekitar 45 token ERC-20 yang berbeza berdasarkan rangkaian Ethereum dan 6 token SPL pada rangkaian Solana.

Harus dimaklumi, token kripto permainan adalah jenis kripto yang tidak terkecuali berhadapan episod yang sukar di tengah-tengah kejatuhan pasaran besar-besaran minggu lepas. Harga SAND telah turun sebanyak 54%% dalam tempoh 30 hari yang lalu. Justeru lonjak terbaru ini telah membantu token tersebut untuk mengurangkan kerugian yang dihadapi pada tempoh hari. Berdasarkan CoinMarketCap, token tersebut ialah token permainan ke-3 terbesar dengan had pasaran melebihi $1.6 Billion.

Disisi lain, antara perkembangan The Sandbox ialah pengumuman bahawa pihak mereka telah memperoleh firma teknologi Cualit. Ia merupakan satu lagi langkah untuk mempercepatkan pembangunan Web3 dan pertumbuhan metaversenya.

Sementara itu, kripto kategori permainan telah enyaksikan lonjakan lebih 9% dalam had pasaran kumulatif. Jumlah penilaian kini berjumlah $13.6 Billion. Jumlah dagangan 24 jamnya telah melonjak sebanyak 8.5% kepada $4.9 Bilion. Kelompok pelabur ‘whale’ terbesar merupakan kategori pelabur yang menambah token permainan secara khusus di tengah kejatuhan.

Berdasarkan WhaleStats, token permainan teratas seperti Decentraland (MANA), ApeCoin (APE) dan Axie Infinity (AXS) telah termasuk dalam senarai 10 token teratas yang dibeli oleh kelompok ‘Whale’ dalam 24 jam yang lalu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat