Theta Mainnet 3.0 Ditangguhkan Kepada Jun, THETA Susut Lebih 20%

616

Theta Labs mendedahkan pihak mereka memutuskan pelancaran mainnet Theta 3.0 telah ditangguhkan dan beralih kepada 30 Jun 2021.

Firma itu memberitahu mereka memerlukan sedikit lagi masa untuk membuat penilitian telus dan pengujian penting sebelum melancarkan secara rasmi.

Antara perkara yang menjadi perhatian, pasukan pembangunan sedang berusaha memasukkan beberapa blok membangun bagi non-fungible token (NFT), marketplace untuk Theta Mainnet 3.0.

Selain itu, mereka juga sedang memastikan rangkaian berfungsi apabila diskala kepada lebih 100,000 Elite Edge Nodes.

Elite Edge Nodes berupaya tokenize internet jalur lebar, bertujuan menjadi ruang penyimpanan terdesentralisasi untuk NFT dengan mewujudkan hubungan cross-chain antara rangkaiannya sendiri, rangkaian Ethereum dan rangkaian lain.

Theta juga yakin penangguhan ini ketika ia disifatkan sesuatu yang tidak baik, sebaliknya akan memberi hasil yang lebih dari yang dijangka.

Susulan daripada khabar pelancaran Mainnet 3.0 yang pada awalnya dicadangkan pada 21 April berjaya melonjakkan harga THETA sebanyak 450% sejak 1 Januari.

Bagaimanapun, setelah mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH) pada $14.99 tengahari semalam, THETA menyaksikan sedikit penyusutan. Berita penangguhan itu kemudiannya menarik harga THETA ke paras yang lebih rendah ketika penulisan, $10.77 susut 20.15% dalam 24 jam.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat