Theta (THETA), TFUEL & Audious (AUDIO) Terus Mendaki Carta!

528

Walaupun sudah dipuji kerana mampu menggantikan emas, Bitcoin (BTC) gagal untuk melonjak, menunjukkan penarikan semula harga kepada paras sokongan $54,000.

Berbeza pula bagi token penstriman video dan muzik, menyaksikan lonjakan ketika teknologi blockchain berupaya menampung platform hiburan.

Theta (THETA) dan Theta Fuel (TFUEL) terus menunjukkan perkembangan positifnya sepanjang 2021 dan sudah berkali-kali mencatatkan paras tertinggi sepanjang masa (ATH).

Misalnya THETA baru sahaja mencatatkan ATH pada $10.95 (+13.4%) sebentar tadi dan TFUEL melonjak kepada $0.455 (+8.7%) sekitar awal pagi tadi.

Manakala Audious (AUDIO), platform penstriman muzik telah melonjak daripada $0.356 pada 28 Februari kepada ATH terbaru $2.05 pada 16 Mac.

Koin lain yang menyaksikan lonjakan ketara dalam 24 jam termasuklah:

Dent (DENT): $0.012 (+84.62%)
XRP: $0.59 (+16.23%)
PancakeSwap (CAKE): $11.14 (+8.18%)
Solana (SOL): $15.23 (+7.10%)

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat