This Mean War! Korea Utara Muak Bertolak Ansur Dengan Korea Selatan & AS

445

‘Baru dapat dengar penjelasan dari mulut orang Korea Utara sendiri tapi macam tiada beza dengan berita-berita sebelum ini je.’

Korea Utara mengambil serius latihan ketenteraan gabungan Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) dengan melabelkan ia sebagai ‘provokasi terbuka’.

Menurut media tempatan KCNA, Korea Utara mulai jelak dengan ‘provokasi terbuka dan latihan perang berbahaya’ gabungan tersebut dan memperlihatkan responnya melalui pelancaran peluru berpandu.

Umumnya, latihan ketenteraan gabungan ‘Vigilant Storm’ selama 6 hari telah mengundang serangan udara termasuk ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang tersasar di perairan Korea Selatan.

Pegawai ketenteraan Korea Utara mengulas bahawa latihan tersebut ternyata sebuah provokasi terbuka yang bertujuan sengaja dilakukan untuk meningkatkan ketegangan dan mendorong tercetusnya perang.

Lantaran daripada itu, Korea Utara perlu mengambil tindakan serupa dengan melaksanakan simulasi serangan terhadap pangkalan udara serta pesawat Korea Selatan bagi ‘menghancurkan histeria perang berterusan musuhnya’.

Turut disahkan juga adalah Korea Utara mengakui bertanggungjawab ke atas pelancaran 2 peluru berpandu berkeupayaan nuklear pada 2 November lalu yang terjatuh di perairan Ulsan, berdekatan loji kuasa nuklear Korea Selatan.

Dalam pada itu, wakil Kakitangan Am Tentera Rakyat Korea Utara (KPA) menuduh Seoul dan Washington sengaja mencipta ketegangan dan mereka berjanji akan menyerang balas terhadap latihan provokasi tersebut walaupun terpaksa menggunakan kekerasan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat