Thomas Cook Isytihar Muflis!

909

Syarikat penerbangan United Kingdom (UK), Thomas Cook hari ini diisytiharkan muflis setelah gagal mencapai kesepakatan dalam usaha menyelamatkan syarikat itu buat kali yang terakhir. Syarikat yang berusia 178 tahun itu terdesak untuk mendapatkan $250 juta dari pelabur swasta bagi mengelakkan daripada muflis.

Meskipun telah banyak kali usaha dijalankan, namun tiada sebarang kesepakatan dapat dicapai antara pemegang kepentingan syarikat dan pelabur baru. Justeru ahli lembaga syarikat membuat kesimpulan tiada lagi jalan keluar melainkan dengan membuat pembubaran wajib dengan kadar segera.

Kegagalan Thomas Cook menyaksikan semua penerbangannya terpaksa dibatalkan dan Setiausaha Pengangkutan UK Grant Shapps telah mengumumkan pihak pemerintah dan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam UK akan mengupah puluhan pesawat untuk menghantar semula penumpang ke rumah tanpa sebarang bayaran.

Semua penumpang yang telah membeli tiket untuk kembali ke UK dalam tempoh dua minggu akan datang akan dibawa pulang lebih awal daripada tarikh asal penerbangan. Ketua Eksekutif Peter Fankhauser menyifatkan ini adalah hari yang sangat menyedihkan dan menyesal kerana tidak berjaya mempertahankan syarikat itu.

Dua tahun yang lalu, kejatuhan syarikat penerbangan Monarch Airlines mendorong kerajaan UK mengambil tindakan kecemasan untuk mengembalikan 110,000 penumpang yang terkandas, di mana menelan belanja sebanyak £60 juta untuk menyewa pesawat menggunakan wang cukai kerajaan.

Thomas Cook juga terpaksa menutup agensi pelancongannya di seluruh dunia yang mengakibatkan pemberhentian kerja lebih 22,000 orang pekerja, 9,000 daripadanya adalah dari negara mereka sendiri.

Syarikat Fosun yang menjadi pemegang saham terbesar di Thomas Cook bulan lalu telah bersetuju untuk menyuntik dana sebanyak £450 juta ke dalam perniagaan sebagai sebahagian daripada pakej penyelamatan yang berjumlah £900 juta. Sebagai pertukaran, mereka memperoleh 75 peratus saham di bahagian operasi dah bakinya di unit penerbangan.

Untuk tahun ini sahaja, harga saham bagi Thomas Cook telah menjunam hampir 90 peratus dan penurunan ini dilihat berlaku sejak pertengahan Mei 2018. Saham bagi syarikat ini ditutup pada nilai $3.4510, turun $1.0180 atau 22.78% hanya dalam masa satu hari dagangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat