Three Arrows Capital Pilih “Dump” $33 Juta Staked Ethereum (stETH)!

447

Firma dana modal permulaan Three Arrows pada hari Selasa dilaporkan telah mencairkan staked Ethereum (stETH) yang bernilai sebanyak $33 juta untuk ditukarkan kepada Ethereum di platform DeFi Curve.

Langkah itu dibuat apabila harga stETH berbeza lebih jauh daripada harga ETH dalam pasaran sekunder, menekan peniaga menggunakan token DeFi sebagai cagaran.

Three Arrows ialah pemegang utama stETH kedua terbesar yang memilih untuk membuang token tersebut sejak minggu lepas. Pedagang kripto Alameda Research juga telah menukar kira-kira nilaian $1.5 bilion (semua pegangan) untuk ETH pada minggu lepas. Perbezaan stETH daripada ETH berkemungkinan terdorong daripada perdagangan tersebut, dimana ia juga berlaku pada Curve.

Walaupun $33 juta yang ditukar oleh Three Arrows mewakili sejumlah besar pegangan stETH firma, Three Arrows masih memegang kira-kira $22 juta token dalam salah satu dompetnya, kata penganalisis. Data dalam rantaian menunjukkan Three Arrows telah mengeluarkan stETH secara konsisten sejak bulan lalu. Firma VC itu juga dilihat memindahkan ETH yang diperoleh ke dalam kumpulan pinjaman di AAVE dan Lido.

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimanakah Staked Ethereum mempengaruhi pasaran? Menurut segelintir penganalisis stETH mempunyai sedikit impak ke atas harga ETH mahupun pasaran yang lebih besar. Walaupun harganya turun dalam perdagangan sekunder,sETH masih boleh ditebus untuk satu ETH.

Tetapi ketidakpastian terhadap halatuju sETH telah menyebabkan penjualan panik ETH, dan kripto lain. Lebih teruk lagi, penggunaannya sebagai cagaran oleh platform pinjaman kripto utama, terutamanya Celsius, mengancam untuk mencairkan berbilion-bilion dalam dagangan.

Celcius kini berhadapan masalah kecairan tunai disebabkan penurunan harga stETH, yang menjejaskan kedudukan leveragenya.

Ethereum kini didagangkan menyusut 4.39% dalam tempoh 24 jam kepada paras dagangan $1,216.74.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat