Tiada Arah Tuju, Pasaran Nantikan Data Inflasi AS

249

Pasaran pada sesi Eropah diperlihatkan dengan pergerakan mendatar mata wang apabila tumpuan pelabur kini beralih kepada keluaran data inflasi Amerika Syarikat.

Greenback terus berada di bawah tekanan ekoran jangkaan kenaikan kadar faedah yang lebih perlahan oleh Federal Reserve (Fed) setelah menyaksikan laporan pekerjaan menyuramkan minggu lalu.

Pengerusi Fed Jerome Powell juga gagal memberi petunjuk baharu mengenai penetapan kadar faedah akan datang apabila berucap pada persidangan bank yang berlangsung semalam (Selasa).

Rentetan itu, keluaran data inflasi AS pada hari Khamis dijadikan tumpuan utama pelabur seterusnya.

Meneliti situasi pasaran pada sesi Eropah, indeks dolar dilihat kekal berlegar di sekitar paras terendah 7 bulan berbanding pesaing utamanya.

Sementara euro pula didagangkan hampir tidak berubah pada paras terkuat 7 bulan berbanding US dolar di tengah-tengah kenyataan hawkish oleh penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB).

Francois Villeroy de Galhau berkata bank pusat akan terus menaikkan kadar faedah pada bulan-bulan mendatang.

Dalam pada itu, mata wang pound pula sedikit susut tapi harga kekal stabil pada paras tertinggi 3 minggu berbanding USD.

Mata wang Asia, dolar Aussie diniagakan sedikit meningkat susulan peningkatan yang dicatatkan dalam inflasi dan jualan runcit Australia pada November.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat