Tiada Bayang ‘Altcoins Season’ Akan Kembali, Ini Penerangan Penganalisis

1,093

Ketika Bitcoin (BTC) didagangkan pada harga melepasi $20,000, aset Satoshi Nakamoto dilihat agak sukar menolak harga altcoins ke paras yang tinggi.

Penganalisis mengandaikan lonjakan yang tergendala disebabkan oleh jumlah permodalan pasaran altcoin yang tersekat.

Balik semula ketika BTC mencipta sejarah lonjakan tertinggi pada 2017, fenomena FOMO dan lambakan modal yang dimasukkan ke dalam pasaran kripto telah mencipta ‘altcoin season‘ dengan Ethereum (ETH) mencatat rekod harga sehingga $1,400, XRP melonjak melebihi $3.58 per syiling, termasuk altcoins lain.

Bagaimanapun jika sekatan diselesaikan, tiada rintangan yang tinggal dan ini memudahkan keseluruhan kelas aset untuk mengejar Bitcoin.

Jika dilihat pada baki modal altcoins yang melebihi $200 bilion, pergerakan harga berdasarkan carta bulanan gagal mencecah rintangan pada Ichimoku cloud dan ini bukan petanda baik untuk kelas aset.

Ichimoku cloud (Kumo) boleh bertindak sebagai sokongan atau rintangan dan setiap saiz cloud menunjukkan pergerakan harga, sama seperti Bollinger Band.

Kumo turut menunjukkan pergerakan harga terdahulu, semasa dan akan datang mencadangkan fasa penyusutan harga yang berpanjangan.

Namun, jika jumlah permodalan pasaran altcoins berjaya melonjak, tidak mustahil altcoins season akan kembali.

Ketika ini dengan sentimen negatif mengelilingi aset ini dan perhatian pelabur institusi terhadap Bitcoin, sukar untuk menjangka jika altcoins bakal menjengah ATH sekali lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat