Tiada Duit Nak Bayar, Ribuan Kontena Makanan Terkandas Di Pelabuhan!

1,614

Lonjakan mendadak dalam dolar Amerika memburukkan lagi isu kelaparan dunia, menyaksikan lebih banyak makanan bertimbun di pelabuhan disebabkan ketidakmampuan pengimport untuk membayarnya.

Ekoran daripada kadar faedah yang tinggi, pengukuhan dolar AS dan lonjakan harga komoditi, negara yang bergantung pada import makanan bergelut untuk membayar barangan dalam nilai dolar.

Rizab mata wang asing yang semakin berkurangan dalam kebanyakan kes telah mengurangkan akses kepada dolar, dan bank lambat untuk mengeluarkan pembayaran.

Antara yang paling terkesan adalah Afrika dan beberapa negara Asia. Misalnya di Ghana, pengimport memberi amaran tentang kemungkinan berlakunya kekurangan makanan menjelang Krismas.

Sementara di Pakistan pula beribu-ribu kontena yang penuh dengan makanan dilaporkan terkandas di pelabuhan, manakala pembuat roti di Mesir terpaksa meningkatkan harga roti selepas beberapa kilang tepung kehabisan gandum kerana tersekat di kastam.

Hakikatnya, masalah ini bukanlah baru bagi kebanyakan negara, namun kuasa beli yang merosot dan kekurangan dolar telah menambah tekanan yang lebih meluas di seluruh sistem makanan global.

Sebelum ini, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) telah memberi amaran tentang kecemasan makanan yang mungkin steruk krisis yang berlaku pada 2007-2008.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat