Tiada Gelora NFP, GBP/USD Mendatar Di Atas Support $1.3100

187

Seperti pasangan mata wang utama yang lain, pergerakan harga pada carta GBP/USD juga tidak memberi reaksi yang ketara susulan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) diterbitkan pada Jumaat lalu.

Harga bergerak dalam zon mendatar dengan paras sokongan pada 1.31000 dan rintangan pada 1.31700.

Pound kekal bergerak suram sehingga minggu lalu, masih lagi gagal untuk paparkan pengukuhan selepas bank pusat dilihat berada pada landangan untuk pengetatan dasar yang turut disokong oleh bacaan data inflasi dan pekerjaan yang kukuh.

Pergerakan harga dilihat lebih dipacu oleh US dolar dengan tumpuan pada minggu ini pula akan terarah kepada laporan minit mesyuarat FOMC yang akan diteliti pelabur.

Sekiranya reaksi pasaran kembali memihak kepada pengukuhan US dolar, harga dijangka akan menyambung penurunan lebih rendah untuk mengekalkan isyarat bearish selepas harga pada penghujung minggu lalu telah bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD.

Penurunan harga di bawah paras 1.31000 dilihat akan menuju zon support pada 1.30000 sebelum penurunan lebih rendah yang diteruskan akan menguji pula paras 1.29000.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak semula, zon rintangan pada 1.31700-1.32000 bakal diuji kembali selepas gagal ditembusi pada cubaan minggu lalu.

Melepasi zon rintangan tersebut akan mendorong harga menuju paras ketinggian 1.33000 yang menghalang harga meneruskan kenaikan pada trend bullish sebelum ini.

Kenaikan lebih tinggi yang diteruskan seterusnya boleh mensasarkan sehingga ke paras ketinggian sekitar 1.34000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat