Tiada Hasrat Untuk Berundur, Pasaran Kripto Kini Berhadapan Tindakan Keras China Gelombang Ketiga!

6,193

Dasar tanpa toleransi kripto yang diterapkan oleh Beijing semenjak dua ini telah mencetuskan huru hara dalam pasaran kripto. Hari demi hari, pihak berkuasa terus memburu pihak-pihak yang tidak mematuhi peraturan.

Terbaru, dua daripada saluran media kripto paling popular di China iaitu ChainNews dan Odaily telah lesap. ChainNews sebelum ini telah menulis tweet bahawa laman webnya akan terputus selama 10 jam kerana penyelenggaraan pada hari Isnin, namun, ia kekal tidak boleh diakses di dalam serta di luar China sehingga Rabu,

Begitu juga, Odaily ialah satu lagi platform berita dan pendidikan kripto popular yang tidak dapat dikesan sejak beberapa hari lalu. Ini bukan kali pertama platform yang berkaitan kripto dikenakan tindakan seperti ini. Pada Julai yang lalu, Coin World juga telah menamatkan perkhidmatannya di China.

TIndakan keras China terhadap kripto ini bermula sejak bulan Mei yang mengakibatkan penutupan operasi perlombongan di negara itu dengan pelombong dari China berkurangan daripada lebih 60% kepada hampir sifar. Kemudian, China mengumumkan program tersusun pada bulan September untuk membanteras semua yang berkaitan dengan kripto. . Ramai berpendapat ia adalah dasar paling ketat terhadap kripto setakat ini. Dalam masa yang sama, pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran terhadap platform kripto asing yang menawarkan perkhidmatan mereka di China,

Tindakan keras pada Mei dan September membuatkan ramai percaya bahawa ia adalah terakhir. Namun jangkaan itu tersasar, China belum berhenti untuk terus menekan. Pihak berkuasa China baru-baru ini menahan seorang pegawai kanan kerajaan yang didapati melombong Bitcoin secara haram dan mengingkari arahan Beijing. Ini merupakan gelombang langkah penghapusan kripto yang ketiga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat