Tiada Jalan Untuk Rusia Langkaui Sekatan Ekonomi Walaupun Ada Kripto! – Pengarah FBI

1,253

Rusia tidaklah sebijak yang disangka kerana pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI), Christopher Wray percaya negara itu tiada jalan lain untuk meloloskan diri dari sekatan ekonomi waima menggunakan mata wang kripto atau aset digital.

Tidak dinafikan Rusia masih memiliki sejumlah besar aset kripto sejak peperangan Rusia terhadap Ukraine beberapa minggu lalu.

Tetapi tidak bererti negara itu perlu berbangga diri, beranggapan mereka mampu mengatasi sekatan ekonomi yang dijalankan Kesatuan Eropah (EU) melalui SWIFT, sebelum disusuli Mastercard, Visa, dan PayPal.

Jelas Wray, sebagai sebuah komuniti yang telah pun bekerjasama dengan rakan luar negara, sudah tentu usaha negara-negara Barat menentang Rusia jauh lebih efektif kerana hadirnya kepakaran penyusunan strategi dan penggunaan peralatan dapat memampankan lagi sekatan tersebut.

“Mahu atau tidak, perkara yang Rusia perlu lakukan ialah mencari solusi untuk mengakses mata wang fiat yang mana merupakan satu usaha yang lebih mencabar.”

Sebagai rekod, susulan daripada letusan peperangan Rusia terhadap Ukraine, banyak agensi termasuk Rangkaian Penguatkuasaan Jenayah Kewangan A.S dan Suruhanjaya Eropah berusaha mencari sebarang kemungkinan Rusia menggunakan aset digital untuk mengelak sekatan ekonomi.

Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini Presiden AS, Joe Biden telah pun meluluskan perintah eksekutif mata wang kripto yang mana salah satunya penyeliaan terhadap kripto supaya tiada risiko melangkaui sekatan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat