Tiada Kematian Covid-19, Adakah Johnson Akan Teruskan ‘Lockdown’?

476

Boris Johnson kembali memberi penegasan bahawa pentadbiran beliau dalam proses untuk menghapus langkah sekatan pada bulan ini  seperti yang dijadualka selepas hari semalam menunjukkan bahawa tiada kematian bagi kesi Covid-19 buat pertama kalinya sejak penularan wabak tersebut.

UK setakat ini mencatatkan lebih dari 127,000 kematian akibat Covid-19 sejak bermulanya penularan pandemik, iaitu jumlah tertinggi di Eropah. Justeru kematian sifar akibat Covid-19 menjadi sebagai satu petanda yang simbolik walaupun jumlah kematian harian cenderung meningkat.

Berita positif ini telah mendorong Johnson untuk memberi penegasan bahawa rancangan yang dirancang seperti sebelum ini berkemungkinan besar akan berjaya. Walaupun begitu beliau tidak banyak memberi komentar mengenai impak keberkesanan vaksin dan menyatakan bahawa setakat ini masih samar dan memerlukan lebih banyak waktu.

Tumpuan utama kini adalah pada kes jangkitan Covid-19 varian baru.Jangkaan bahawa 3/4 daripada orang dewasa akan menerima suntikan dos vaksin yang pertama bermula hari ini. Matawang GBP meneruskan pengukuhan berbanding US dolar sebanyak 0.14% kepada paras 1.4167.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat