Tiada Keperluan Melanjutkan Perjanjian ‘Output Freeze’ – Arab Saudi

39

Pasaran minyak mentah global mencatatkan kejatuhan pada minggu lalu, dan meningkat sedikit dala sesi Asia hari ini yang disokong oleh kelemahan US dolar dan keyakinan kepada pemotongan pengeluaran, berikutan komen positif oleh pihak Venezuela.

Penyusutan nilai US dolar telah memberi sokongan kepada kenaikan harga komoditi ini beberapa hari lepas, kerana nilai US dolar yang rendah menjadikan harga minyak murah kepada negara yang menggunakan matawang selain Dolar.

Faktor China juga memberikan impak kepada kejatuhan harga minyak disebabkan penyusutan 7.7% eksport negara ini berbanding tahun sebelum. Kajatuhan eksport dari China meningkatkan kebimbangan kurangnya permintaan minyak mentah dari ekonomi kedua terbesar dunia ini.

Pihak Arab Saudi dalam kenyataan pada hari ini mengatakan bahawa tiada keperluan untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran oleh OPEC lebih dari enam bulan. Kenyataan ini dilaporkan dua jam yang lalu, dan sejak itu harga minyak mentah global menjunam dari paras tertinggi yang dicatatkan hari ini.

Walaubagaimanapun, harga komoditi ini akan terus disokong oleh pemotongan keluaran oleh negara-negara OPEC dan non-OPEC. Setiausaha OPEC Barkindo mengatakan pada Jumaat yang beliau yakin pengeluar minyak yang terlibat dalam perjanjian sebelum ini akan mengikuti perjanjian yang telah dipersetujui.

Harga minyak mentah WTI jatuh dari paras tertinggi Isnin $52.72 ke paras $52.28 setong ketika ini. Manakala minyak Brent (Brent-oil) jatuh dari paras $55.84 ke paras $55.40 setong pada masa artikel ini ditulis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat