Tiada Keputusan Lanjutan Pengurangan Bekalan Minyak Mentah Oleh OPEC

198

Harga minyak mentah mencatatkan penurunan sejak semalam bersambung sehingga dagangan Jumaat selepas media melaporkan terdapat keraguan berkenaan perjanjian yang bersifat sementara antara Amerika Syarikat dan China selain terkesan oleh keputusan mesyuarat OPEC+ semalam.

Gabungan negara-negara pengeksport Petroleum (OPEC) bersama rakan sekutu pengeluar termasuk Rusia telah mengadakan pertemuan di Abu Dhabi semalam untuk membicarakan berkaitan pengawalan harga minyak mentah global dalam pasaran.

OPEC+ tidak memutuskan sebarang lanjutan tindakan pengurangan pengeluaran bekalan minyak pada pertemuan tersebut, meleset berbanding jangkaan pasaran.

Menteri Tenaga Arab Saudi yang baru, Putera Abdulaziz bin Salman turut menyampaikan komen beliau, langkah pengurangan pengeluaran tidak akan diputuskan sebelum mesyuarat OPEC yang dirancangkan pada Disember nanti.

Selain itu juga, harga minyak mentah turut menerima tekanan selepas European Central Bank (ECB) telah memotong kadar deposit ke rekod terendah -0.5% daripada -0.40% dan mengumumkan program pembelian bon bulanan 20 bilion Euro bermula November untuk kembali menjana pertumbuhan ekonomi di zon Eropah.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat