Tiada Lagi Belas Kasihan, EU Ambil Tindakan Undang-Undang Ke Atas UK!

338

Kesatuan Eropah mengambil tindakan undang-undang terhadap UK pada hari Khamis kerana mengetepikan perjanjian awal Brexit yang telah dipersetujui sebelum ini. Disisi lain,terdapat laporan melaporkan bahawa perunding perdagangan Kesatuan Eropah (EU) dan UK gagal merapatkan jurang perbezaan dalam rundingan .

Kontroversi mengenai rang undang-undang pasaran dalaman menjadikan proses Brexit semakin sukar dengan ditambah pula perselisihan dalam isu subisidi korporat dan perikanan.

Menurut Presiden Pesuruhjaya von der Leyen, bahawa pihak UK telah mengundang pihak UK berbincang secara baik mengenai bahagian-bahagian yang bermasalah dalam RUU pasaran dalaman, namun tarikh akhir telah berlalu semalam.

Disebabkan pihak UK tidak memberi kerjasama seperti yang diharapkan maka pihak EU telah mengambil tindakan undang-undang terhadap UK. Dalam masa yang sama Suruhanjaya EU akan terus komited untuk melaksanakan perjanjian Brexit secara penuh dan tepat pada waktu.

UK kini mempunyai 1 bulan untuk memberi maklum balas terhadap aduan rasmi yang telah dibuat. Matawang sterling telah merosot sebanyak 0.6% berbanding matawang euro dan dolar setelah laporan kes tersebut diumumkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat