Tiada Pergerakan Luar Biasa, Ekuiti Masih Tenang Menanti Nasib

131

Aliran ekuiti masih bergerak perlahan dalam wilayah negatif tatkala indeks dolar kekal suram pada awal minggu.

Sungguhpun begitu pasaran Asia memperlihatkan prestasi positif menjelang keputusan mesyuarat polisi Reserve Bank of Australia (RBA).

Melihat indeks, Nikkei 225 Jepun naik 0.46% sementara Topix tambah 0.28% tatkala Kospi Korea Selatan naik 0.14% dan Kosdaq capai 0.43%.

Indeks S&P/ASX 200 mendatar sementara tolok meluas MSCI Asia Pasifik saham luar Jepun naik 0.11%.

Melihat kepada tinjauan, ramai meramalkan RBA melaksanakan kenaikan setengah mata asas kepada 2.35% dan perkara tersebut membuatkan nilai dolar Australia meningkat di sesi Asia pagi ini melepasi paras harga $0.6800.

Beralih ke zon Eropah, STOXX 600 turun 0.8% namun ia telah memulih sedikit selepas mencapai paras terendah 7 minggu pada awal sesi tatkala indeks MSCI ekuiti seluruh dunia jatuh 0.4%.

Tumpuan Eropah terarah kepada lonjakan harga gas selepas Rusia mengatakan bahawa saluran tenaga akan ditutup, ia secara tidak langsung meningkatkan kemungkinan kemelesetan yang mencemarkan sentimen pasaran.

Harga gas Eropah lonjak 30% ketika sesi pembukaan.

Dalam pada itu, pelabur dijangka akan lebih berwaspada hari ini berikutan pasaran Wall Street ditutup sempena cuti Hari Bekerja di Amerika Syarikat.

Bagi komoditi, WTI naik 2.16% pada $88.75 selepas OPEC+ bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran minyak mentah tatkala niaga hadapan Brent susut 0.66% pada $95.11.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat