Tiada Tanda Berundur, Eropah Terus Menambah Tekanan Terhadap Rusia!

680

Kesatuan Eropah (EU) memutuskan persetujuan untuk kenakan sekatan lanjut ke atas Ukraine, dimana ia akan memberi impak terhadap sektor maritim, 3 bank Belarusia dan beberapa individu.

Langkah baharu itu akan disahkan secara rasmi oleh pemimpin 27 negara anggota blok itu pada sidang kemuncak di Versailles, Perancis, akhir minggu ini. Perancis telah mengumumkan kelulusan terhadap perkara ini sebagai presiden semasa EU pada hari Rabu.

Amerika Syarikat dan Eropah telah pun mengenakan sekatan menyeluruh terhadap pemimpin Rusia, taikun perniagaan dan sistem perbankan sejak Presiden Vladimir Putin melancarkan peperangan hampir dua minggu lalu.

Kerajaan Barat kini sedang berusaha untuk meningkatkan tekanan ke atas Moscow. Diplomat tertinggi EU, Josep Borrell, memberitahu Parlimen Eropah bahawa sekatan baharu itu termasuk larangan perjalanan dan pembekuan aset ke atas kira-kira 100 warga Rusia di peringkat kerajaan yang berbeza.

Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula von der Leyen mengesahkan sekatan itu turut menyasarkan eksport teknologi pelayaran maritim ke Rusia. Pada hari ini juga, Presiden A.S. Joe Biden mengenakan larangan serta-merta ke atas minyak Rusia dan import tenaga lain. Dalam masa yang sama, Britain mengumumkan tidak lama kemudian ia akan menghentikan import minyak dari Rusia secara berperingkat.

Menteri Kewangan Perancis Bruno Le Maire menyatakan bahawa kejatuhan ekonomi akibat perang Ukraine berkemungkinan tidak boleh membawa kepada stagflasi yang berlaku pada 1970 an.

 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat