Tiba-tiba Ada Sebatang Lemang Hijau Pada Chart GOLD, Ada Apa Ni?

1,243

Harga emas melonjak pada sesi Asia, memadamkan sebahagian daripada kerugian yang dicatatkan ketika sesi terdahulu.

Sesi Asia menyaksikan logam kuning itu melantun dari paras terendahnya sekitar $1,955 ke $1,963 per auns, pada waktu penulisan.

Terdahulu, US dolar yang lebih kuat telah menekan dagangan emas lebih rendah, selain turut terkesan oleh hasil bon AS 10 tahun yang meningkat ke paras tertinggi dua minggu.

Ini susulan penerbitan data PMI pembuatan dan perkhidmatan Zon Eropah dan UK yang menyuramkan, mengurangkan jangkaan untuk pengetatan berterusan oleh bank pusat.

Namun, impaknya mula berkurangan pada sesi Asia hari ini, melihatkan sentimen pasaran kembali pulih dengan kebanyakan mata wang utama meningkat semula dan USD pula susut.

Ini mungkin susulan daripada pengumuman kerajaan China untuk menambah rangsangan dalam ekonominya bagi menyokong pemulihan, ditambah dengan campur tangan terhadap mata wang yuan oleh bank-bank negeri.

Sebagai pengguna dan pengeluar utama emas dunia, ekonomi China turut memainkan peranan penting dalam harga logam kuning itu.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat