Tiba-Tiba Emas Melantun Ke Paras Tertinggi Satu Bulan, Apa Dah Jadi?

4,493

Tanpa dijangka, emas melonjak lebih tinggi selepas mendapat sokongan daripada dagangan US dolar yang lemah, sekali gus meletakkannya di landasan untuk keuntungan mingguan ketiga berturut-turut pada minggu ini.

Pada sesi Asia, logam kuning itu didagangkan mengukuh di paras ketinggian satu bulan pada $1,871 per auns, manakala niaga hadapan emas pula positif pada $1,875 per auns.

Harga emas telah melonjak lebih 1% pada hari Khamis selepas bacaan mengecewakan dalam angka pekerjaan ADP sektor swasta Amerika Syarikat mendorong kejatuhan US dolar dan membataskan pergerakan hasil bon.

Kemerosotan dalam data ADP juga menimbulkan kegelisahan pelabur terhadap laporan pekerjaan NFP yang bakal diterbitkan hari ini bahawa ia juga mungkin menunjukkan bacaan menyuramkan.

Bagaimanapun, pelabur tetap berhati-hati terhadap sebarang kemungkinan yang akan ditunjukkan dalam bacaan data NFP kelak.

Sementara itu, Federal Reserve (Fed) dijangka terus mengetatkan dasar monetari dengan kenaikan kadar faedah sebanyak setengah mata asas dalam setiap dua mesyuarat berikutnya selepas dua lagi penggubal dasar bank pusat mengeluarkan kenyataan yang sama mengenai pengetatan.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat