Tiba-tiba Warren Buffett Terima $200 Juta Tunai!

6,328

Warren Buffett, pemilik Berkshire Hathaway dan juga jutawan dunia akan menerima dividen bernilai $200 juta tunai daripada firma Occidental Petroleum Corp.

Berbanding dengan pemberian secara saham biasa, firma tersebut memilih untuk membayar secara tunai dan pemberian itu adalah bagi saham pilihan.

Mungkin terlalu mendadak keputusan ini tetapi sebenarnya pelombong syal firma tersebut percaya dengan kemampuannya dalam menguruskan beban hutang.

Sejak April lagi Occidental telah membuat pembayaran setelah membuat pinjaman tinggi untuk membeli Anadarko Petroleum Corp. pada 2019.

Namun, pembayaran tersebut adalah melalui saham berikutan untuk melindungi tunai ketika harga minyak susut terburuk gara-gara COVID-19.

Penganalisis KeyBanc Capital Markets Inc, Leo Mariani menyifatkan tindakan ini merupakan tanda bahawa firma tersebut ‘lega’ dengan prestasi balance sheet dan liquidity, termasuk lebih yakin dengan proses jualan aset terkini.

Tidak dinafikan firma minyak itu juga mengalami kerugian teruk berikutan penyusutan harga, tambahan dengan hutang yang tinggi, tiga kali lebih tinggi daripada nilai pasarannya.

Namun, mereka beransur menyelesaikan masalah tersebut dengan menjual rangkaian bon dan pada bulan lalu mereka telah bersetuju untuk mejual hak pemilikan tanah di Pergunungan Rocky dengan harga $1.3 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat