Tidak Buang Pekerja Tetapi Sebaliknya, Ikea Perkenal Cara Unik Sokong Staff

247

‘Macam ini bagus bukan macam dekat AS yang terus buang pekerja tu.’

Gergasi peruncitan Sweden, Ikea mengambil pendekatan unik dengan melancarkan dana sosial sebanyak €10 juta dan diskaun 30% untuk kakitangannya dalam usaha menyokong pekerja yang bergelut dengan kos sara hidup tinggi.

Menerusi kenyataan rasmi pemilih francais peruncitan Ikea, Ingka Group, dana sosial tersebut yang diberikan secara sekali (one-off) dalam bentuk tunai akan menyokong para pekerja sepanjang tahun fiskal sehingga akhir Ogos nanti.

Ia diharap dapat meringankan beban pembayaran bil atau kos perumahan para pekerjanya yang terpaksa bergelut dengan peningkatan kos sara hidup.

Selain itu, para pekerja juga layak menerima diskaun 30% untuk sebarang pembelian makanan dalam kedainya serta pada lebih 2,000 produk penjimatan tenaga seperti paip penjimatan air, mentol lampu, cadar dan peralatan keperluan.

Dalam satu kenyataan rasminya, Ingka ingin menyokong kakitangannya dalam membantu jalani kehidupan semasa berlaku peningkatan kos sara hidup sambil mengimbangi keperluan perniagaan syarikat.

Setakat ini Ingka tidak menjelaskan berapa ramai kakitangan yang akan menerima bantuan tersebut namun Ikea dianggarkan memiliki 170,000 pekerja di 31 pasaran berbeza.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat