Tidak Diduga, Pasaran Kripto Sedang Berkembang Pesat Di Rantau MENA!

341

Data menunjukkan rantau Timur Tengah dan Afrika Utara adalah pasaran mata wang kripto yang paling pesat berkembang di dunia, dengan jumlah kripto yang diterima di rantau ini melonjak 48% pada tahun ini sehingga bulan Jun lepas berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Chainalysis.

Walaupun rantau MENA adalah salah satu pasaran kripto yang kecil, namun pertumbuhan pasaran kripto kepada $566 bilion yang diterima dalam mata wang kripto antara Julai 2021 dan Jun 2022 menunjukkan penerimaannya meningkat dengan pesat.

Amerika Latin menyaksikan pertumbuhan kedua terbesar dalam tempoh yang sama iaitu sebanyak 40%. Amerika Utara seterusnya pada pertumbuhan 36%, diikuti rapat oleh Asia Tengah dan Selatan dan Oceania pada pertumbuhan 35%, lapor Chainalysis.

Tiga negara MENA adalah antara 30 teratas dalam Indeks Penerimaan Kripto Global Chainalysis 2022, dengan Turki di tempat ke-12, Mesir di tempat ke-14 dan Maghribi ke-24.

Menurut firma penyelidik itu, “Di Turki dan Mesir, harga mata wang kripto yang turun naik bertepatan dengan penurunan nilai mata wang fiat (tradisional) yang pesat, mengukuhkan daya tarikan kripto untuk simpanan,”

Lira Turki telah melemah hampir 30% tahun ini kepada rekod terendah baharu, selepas kehilangan 44% daripada nilainya tahun lepas di tengah-tengah krisis mata wang yang dicetuskan oleh pemotongan kadar.

Turki mendahului rantau MENA dari segi nilai kripto yang diterima setakat ini, setelah menerima kripto bernilai $192 bilion dalam tempoh Januari sehingga Jun. Mata wang Mesir juga telah kehilangan kira-kira satu perempat daripada nilainya berbanding dolar pada awal tahun ini.

Atas dasar itu, penganalisis berpandangan peranan rantau tersebut dalam ekosistem kripto tidak boleh dipandang enteng. Arab Saudi, sebagai contoh, adalah pasaran kripto ketiga terbesar di seluruh MENA, dan UAE adalah kelima.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat