Tidak Semudah Itu Bitcoin Capai $200,000. Ini Ramalannya!

4,699

Pelabur veteran, Peter Brandt meramalkan dalam keadaan Bitcoin (BTC) yang sedang berada dalam fasa bullish ketika ini, raja kripto itu boleh melonjak sehingga $200,000.

Dalam kicauan Twitter yang dimuatnaik pada awal pagi tadi, Brandt telah meletakkan undian dengan empat pilihan bagi jangkaan correction (pembetulan) yang akan dilalui Bitcoin sebelum mencapai $200,000.

Rata-rata meletakkan keyakinan pada pilihan kedua di mana Bitcoin dijangka akan berhadapan sekurang-kurangnya satu hingga 6 corrections.

Ini mengingatkan kepada pasaran bullish pada 2015 hingga 2017, di mana berlaku sebanyak 9 corrections, lebih 30%. Manakala sejak paras terendah 20 Mac lalu, hanya terdapat satu pembetulan besar seperti itu.

Pada masa yang sama, hanya 10% percaya matawang itu sudah berada di kemuncaknya selepas mencatat rekod paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru pada malam tadi, $58,354. Dan 16% pula percaya Bitcoin tidak akan berhadapan sebarang pembetulan besar.

Sebelum ini, Brandt pernah tweet memberitahu bahawa Bitcoin sedang di dalam fasa parabolik ketiga selepas melepasi $50,000.

Bagaimanapun, selepas ini matawang itu akan terus melonjak dan itulah sebabnya mengapa beberapa pembetulan utama dijangka akan berlaku.

Pada bulan lepas, sebanyak 31.54% pembetulan berlaku ke atas Bitcoin bermula pada ketinggian $42,000 (8 Januari) kepada $28,883 (22 Januari) sebelum kembali melonjak pada awal Februari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat