Tidak Tentu Arah Komoditi Ini Menanti Keputusan OPEC+

237

Dagangan minyak mentah stabil ketika pasaran menantikan keputusan OPEC+ yang menyambung semula perbincangan mereka pada hari ini.

WTI Amerika Syarikat didagangkan sedikit susut pada $45.10 setong, sementara minyak mentah Brent pula didagangkan stabil pada $48.10 setong.

Kedua-dua penanda aras sebelum ini meraih pengukuhan daripada berita mengenai vaksin Covid-19 yang diluluskan di UK, yang mana masing-masing mencatatkan keuntungan 1.6% dan 1.8% pada hari Rabu.

Walau bagaimanapun, disebabkan satu lagi bacaan data bekalan minyak mentah AS yang kurang memberangsangkan, harga kembali di bawah tekanan.

Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) melaporkan penurunan sebanyak 679,000 tong dalam inventori minyak mentah AS pada minggu lalu, tersasar daripada jangkaan untuk pengurangan 2.4 juta tong.

Sementara inventori petrol dan penyulingan meningkat dengan mendadak ketika kilang minyak melambatkan pengeluaran di tengah-tengah permintaan yang lemah, menurut EIA.

Pasaran kini menunggu keputusan OPEC+ sama ada kumpulan itu akan mengekalkan komitmen pengurangan pengeluaran sebanyak 7.7 juta tong sehingga suku pertama tahun hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat