Tidakku Duga, US Dolar Kembali Gagah

920

Tanpa disangka dolar Amerika kembali mempamerkan pengukuhan pada sesi dagangan hari ini selepas jatuh ke paras terendah satu minggu berbanding sekumpulan matawang utama pada Khamis.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang kembali melonjak ke paras tertinggi satu tahun pada 1.6%, telah menjadi pemacu utama kepada kebangkitan matawang US dolar.

Indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback berbanding kebanyakan matawang utama pada 91.83.

Presiden AS Joe Biden telah menandatangani pakej rangsangan bernilai $1.9 trilion, sehari selepas Dewan Perwakilan memberikan kelulusan untuk pelaksanaannya. Setiausaha Perbendaharaan AS, Janet Yellen memberitahu pembayaran langsung $1,400 akan mula diterima pada hujung minggu.

Pengukuhan dolar greenback kembali menekan matawang euro untuk menyusut lebih rendah ke zon paras sokongan harga 1.19000. Kenyataan Bank Pusat Eropah (ECB) yang bernada dovish menambahkan lagi tekanan buat euro.

Sementara itu, Eropah mungkin berdepan isu pelancaran vaksin yang lebih lambat susulan masalah terbaru yang timbul dari vaksin AstraZeneca yang didakwa memberi kesan kepada penerima sehingga menyebabkan banyak negara Eropah terpaksa menangguhkan penggunaannya.

Matawang pound turut mencatatkan penyusutan berbanding USD. Walaupun data ekonomi yang diterbitkan adalah lebih baik dari jangkaan, bagaimanapun tahap Keluaran Dalam Negara kasar (KDNK) semasa masih jauh lebih kecil daripada pertumbuhan yang direkodkan pada Februari 2020.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat