Tiga Data Ekonomi Berimpak Besar Hari Jumaat

64

Data Pekerjaan US Yang Dinantikan

Data non-farm payrolls (NFP) antara peristiwa ekonomi terpenting setiap bulan, dengan jangkaan ekonomi US akan menawarkan 90,000 pekerjaan baru bagi bulan September. Jangkaan di bawah 100,000 adalah yang pertama kali sejak Disember 2012 berikutan ahli ekonomi menduga taufan Harvey dan Irma akan memberi kesan langsung kepada aktiviti pasaran buruh.

Laporan NFP ini akan diteliti bagi melihat kekuatan ekonomi negara yang mana akan memberi unjuran yang lebih jelas terhadap dolar, hasil bon 10-tahun US dan emas. Keadaan pasaran buruh merupakan salah satu maklumat penting yang digunakan oleh Fed dalam keputusan dasar monetari mereka.

Pada minit mesyuarat FOMC September lalu, kebanyakkan ahli Fed menyokong kadar faedah dinaikkan sekali lagi tahun ini.

Fokus Pasaran Buruh Kanada

Kanada juga akan mengeluarkan data-data berkenaan kadar pengangguran dan perubahan jumlah pekerjaan bagi bulan September. Para pelabur akan memberi tumpuan pada data tersebut selepas Gabenor BoC, Poloz berkata pendekatan bank pusat terhadap dasar monetari akan bergantung khusus pada data-data ekonomi.

Poloz menjelaskan tiada jangkaan awal untuk menentukan hala tuju kadar faedah, mengurangkan anggapan bahawa bank pusat akan meningkatkan kadar faedah dengan lebih cepat.

USD/CAD tutup pada paras $1.2569, naik 0.77% pada sesi yang lalu.

Kiraan pelantar Baker Hughes

Antara yang menjadi tumpuan pelabur minyak setiap minggu adalah laporan aktiviti penggalian mingguan minyak oleh Baker Hughes setiap hari Jumaat. Laporan ini penting sebagai petunjuk kepada pengeluaran dan permintaan minyak di Amerika Syarikat selepas aktiviti semakin meningkat sejak beberapa minggu yang lalu.

Harga minyak WTI tutup tinggi pada pasaran lalu di paras $50.79, naik 1.58% disokong oleh jangkaan perjanjian pemotongan pengeluaran minyak OPEC dan Rusia akan dilanjutkan lebih lama.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat