Tiga Koin Ini Catat All-Time High Selepas Integrasi Bersama Polkadot

1,183

Tiga projek: Ren (REN), Ocean Protocol (OCEAN) dan Celer Network (CELR) antara token yang menyaksikan lonjakan dalam angka pemegang aktif dan jumlah perdagangan bagi setiap projek susulan integrasi bersama rangkaian blockchain yang menfokuskan kepada kendali sendiri mudah antara rangkaian terpisah, Polkadot (DOT).

REN

Kolaborasi bersama Polkadot bermula pada Julai 2020, di mana ketika itu Ren mengumumkan akan bekerjasama dengan rangkaian Acala (ACA) untuk membawa Bitcoin ke ekosistem DOT.

Pada masa itu nilai REN rata-rata direkod pada $0.15 dan melonjak ke paras tertinggi pada 20 Februari iaitu $1.80. Ren juga dilaporkan sedang mengusahakan integrasi dengan blockchain lain seperti Dogecoin dan Digibyte.

OCEAN

Integrasi Ocean dan Polkadot berlaku pada 25 Januari 2021 ketika Ocean mengumumkan bahawa pihak mereka akan bekerjasama dengan rangkaian Moonbeam (GLMR) berasaskan Polkadot yang mana membenarkan pengguna ekosistem Polkadot untuk menerbit, mempertaruhkan dan membeli data.

Sejak daripada itu, OCEAN telah melonjak sehingga 250%, mencatat rekod paras tertinggi sepanjang masa baharu (ATH) pada $1.69 pada 7 Mac lalu.

CELR

Integrasi bersama Polkadot secara rasminya pada 19 Januari lalu ketika projek mereka melancarkan model substrat yang mnyokong lapisan 2 berskala dan pembayaran segera di Polkadot.

Harga CELR melonjak 240% dari paras terendah $0.019 kepada rekod ATH $0.067 pada 15 Mac lalu. Pada masa itu, penyelesaian yang dilancarkan di rangkaian itu telah menarik perhatian pelabur yang mahukan kos transaksi yang lebih rendah berbanding Ethereum.

Ketika penulisan, masing-masing didagangkan pada:

REN: $1.06, meningkat 2.8%
CELR: $0.05111, susut 10.07%
OCEAN: $1.37, susut 1.15%

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat